» » Golongan pendapatan rendah perlu dibantu dengan 'Dasar Afirmatif’


Malaysia mungkin berjaya mengurangkan kadar kemiskinan, tetapi kini terpaksa berjuang untuk merapatkan jurang pemisah antara kaya dan miskin serta peluang, kata ahli ekonomi yang juga pengarang buku "The Colour of Inequality" atau "Warna Ketidaksamarataan".

Muhammed Abdul Khalid berkata, semakin melebar jurang pendapatan disebabkan kurangnya peluang pelajaran, pendapatan dan pemilikan aset, akan terus menyebabkan kurangnya kemampuan di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

Kegagalan menyelesaikan perkara ini akan menjadi punca ketidakstabilan sosial dan politik, dan membahayakan perkembangan ekonomi, katanya kepada The Malaysian Insider menjelang pelancaran bukunya minggu depan.

Sebab itu, tindakan afirmatif masih diperlukan dan meritokrasi tidak akan sesuai untuk semua keadaan, kata penulis berusia 39 tahun, yang mengalami zaman kanak-kanaknya dengan kemiskinan menyebabkan beliau belajar ekonomi dan pembahagian kekayaan.

Kenyataan mengenai meritokrasi mungkin mengejutkan sesetengah pihak di Malaysia, di mana layanan pelbagai segmen masyarakat menjadi isu politik dan punca ketidakpuasan sesetengah pihak.

Tetapi Muhammed mempunyai penjelasan mengenainya: dasar afirmatif perlu diteruskan secara tersasar kepada kumpulan berpendapatan rendah, bukannya korporat, untuk pelajaran kanak-kanak di luar bandar, bukannya untuk semua orang dan kaum.

Muhammed yang membantu ibunya menjual kuih semasa kanak-kanak, percaya yang tindakan afirmatif diperlukan untuk mengatasi jurang kekayaan antara rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum.

Beliau menolak persepsi popular yang Bumiputera masih miskin walaupun ada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan hujah pada tahun 1970 sebelum DEB, 65 daripada 100 Bumiputera miskin, namun sekarang hanya 2 dari 100.

"Ini satu pencapaian yang tidak dapat dinafikan. Dan jangan lupa, kadar kemiskinan bagi semua kumpulan berjaya dikurangkan dengan ketara, walaupun masih terdapat kelompok kecil miskin di kawasan-kawasan tertentu, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, isu sekarang bukan lagi tentang kemiskinan, tetapi tentang kelemahan, kekurangan pemilikan aset dan menaikkan taraf hidup.”

Dasar berat sebelah menyebabkan ketidaksamaan

Pakar dari Petronas itu berkata, ketidaksamaan bukan sahaja dilihat dari segi pendidikan, pendapatan dan pemilikan aset, tetapi juga dalam pembuat dasar itu sendiri.

"Dasar tidak boleh dibentuk oleh kumpulan-kumpulan kepentingan tertentu, yang kita lihat berlaku sekarang, di mana kita tidak mendengar suara mereka di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

"Pembentukan dasar perlu lebih inklusif," kata beliau dalam satu wawancara di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sekarang ini kurang kemajuan berlaku di kalangan kumpulan 40% isi rumah terendah di Malaysia, dan senario semasa tidak memberikan petanda yang baik untuk generasi masa depan jika dasar awam tidak diambil kira untuk menyelesaikan trend yang membimbangkan ini.

"Walaupun saya punyai peluang lebih baik untuk mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding ibu bapa saya, saya ragu-ragu tentang anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah, terutama anak-anak dari Kedah, Sabah dan Sarawak, boleh mempunyai peluang untuk menaikkan taraf hidup, dan ini mempunyai kaitan dengan dasar kerajaan," kata Muhammad.

Keperluan semasa untuk mendapat semua 'A' dalam rangka untuk memasuki universiti awam dan sekolah berasrama penuh tidak adil untuk pelajar luar bandar dan mereka yang berasal dari keluarga yang berpendapatan isi rumahnya rendah dan tidak mempunyai asas dalam pendidikan yang berkualiti.

Kanak-kanak dari kawasan sebegini tidak akan mendapat tuisyen yang bagus dan mereka juga tidak mendapat makanan berkualiti untuk membantu perkembangan fizikal dan otak yang baik, yang merupakan faktor penting dalam pembelajaran.

"Dasar pendidikan sekarang menyokong penduduk bandar, mereka tidak mengambil berat tentang 6A, anda hanya mendapatkan tempat jika anda mendapatkan kesemua A, jadi kanak-kanak miskin ini harus bersaing dengan anak-anak di Bangsar dan Bukit Damansara," katanya.

Akses kepada pendidikan bermakna, mereka perlu memberi elaun kepada mereka yang berpendapatan rendah, sama ada mereka Melayu, Cina, India atau dari Sabah dan Sarawak, katanya.

"Walau bagaimanapun anda memotongnya, miskin akan tetap dari Sabah, Sarawak dan Melayu, walaupun mengambil 40%, anda akan menemui mereka juga," katanya.

Pelajar dari sesetengah kumpulan, walaupun lulus di universiti dengan cemerlang masih lagi menghadapi masalah mendapat pekerjaan atau mendapat gaji sama dengan rakannya yang lain walaupun mendapat pelajaran yang sama.

"Inilah masalah serius negara ini yang kita hadapi dan perlu diperbetulkan segera," kata Muhammed.

Kritikan keras

"The Colour of Inequality" buku yang mengkaji jurang pendapatan di kalangan pelbagai kaum dan kelas di Malaysia dan bertujuan menjawab segala persoalan selepas sesuatu dasar dibuat, termasuk DEB.

Kata ahli ekonomi ini, banyak mitos dan anekdot tentang ketidakadilan DEB, dan bukunya bertujuan menjawab kesan dasar ini terhadap kehilangan tenaga, pelaburan dan pembangunan.

"Adakah kerajaan menghukum bukan Melayu dan mempromosikan Melayu? Ini soalan serius dan isu yang tidak disenangi, tetapi kita mesti bersedia untuk berbincang tentang perkara yang tidak disenangi," kata Muhammed tentang bukunya yang akan diterbitkan bulan depan.

Satu perkara yang dibincangkan tentang tindakan afirmatif, yang ditekankan dalam bukunya, polisi berdasarkan kaum tidak boleh dielakkan.

"Mungkin ia tidak sedap atau dari politiknya tidak betul untuk ada polisi berdasarkan kaum, tetapi ia sesuatu yang diperlukan.

"Tetapi ia tidak boleh kekal, ia perlu sementara sahaja tetapi pembetulan perlu dibuat ke atas pendekatan berdasarkan kaum ini, kita tidak boleh larikan diri," katanya.

Di sinilah beliau berhujah polisi berasaskan kaum masih diperlukan untuk membolehkan Bumiputra memiliki aset.

Tetapi beliau menekankan polisi ini hendaklah dibuat untuk golongan pekerja, bukannya korporat.

Muhammed menjangka bahagian ini dalam bukunya, di mana beliau membincangkan tentang orang Cina lebih mudah mendapat pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi, akan mendapat perhatian.

Beliau turut mencatatkan dalam kata pendahuluan sebahagian pembaca mungkin akan mendapat gambaran seolah-olah buku ini bias kepada Cina dan memberikan gambaran tidak baik kepada mereka.

"Biar saya jelaskan ia bukan bermaksud begitu, kerana buku ini juga mengkritik golongan Bumiputra, khasnya mereka yang diamanahkan untuk menaikkan taraf sosial ekonomi kumpulan ini, di samping menyelesaikan isu yang dihadapi oleh golongan bukan Bumiputera," katanya.

Yang pasti, polisi yang berbeza mempunyai pendekatan yang berbeza juga, bergantung kepada objektif sasarannya. Pendekatan boleh jadi berasaskan keperluan, jantina dan juga kawasan ketika menguruskan isu di Sabah dan Sarawak.

Buku Muhammed ini dihasilkan berasaskan data dari kajian bersama dengan Dr Lee Hwok Aun dari University Malaya.

Di antara penemuan mereka adalah antara seorang graduan Cina dan Melayu,
yang kemudian mempunyai kebarangkalian yang lebih rendah dipanggil untuk temuduga, walaupun mempunyai nilai yang lebih baik dan kemahiran berbahasa Inggeris.

"Dan di dalam pasaran kerja, dalam keadaan semua sama, gaji seorang Cina adalah 20 hingga 30% lebih tinggi,"katanya.

Atas sebab ini, Muhammad, merasakan masa yang sesuai untuk Akta Peluang Yang Sama, di mana orang-orang yang merasa didiskriminasi dalam pasaran buruh boleh membuat aduan kepada tribunal.

Beliau menambah ini juga boleh menyelesaikan masalah diskriminasi yang berlaku dalam pengambilan penjawat awam.

Muhammed memberi amaran jika diskriminasi dalam pengambilan pekerja dan gaji tidak ditangani, ia akan menjejaskan keupayaan kelas pekerja bukan Cina untuk mengumpul aset, sambil menambah ini sebabnya ia merasa dasar berasaskan kaum masih diperlukan untuk membolehkan Bumiputera memiliki aset.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .