» » '1MDB terus rugi dan tidak mustahil akan muflis'


PKR hari ini mendakwa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus mencatatkan kerugian dan tidak mustahil entiti itu bakal berdepan dengan situasi muflis.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendedahkan kerugian sebenar 1MDB cuba disembunyikan dengan perkiraan nilai semula aset entiti itu.

Katanya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014, 1MDB mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM665 juta.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, angka tersebut adalah berdasarkan daripada penyata untung rugi dan penyata kedudukan kewangan bagi 1MDB yang diaudit dan difailkan dengan‎ Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Beliau yang juga naib presiden PKR turut mendedahkan angka penilaian aset semula 1MDB ‎pada tahun 2013 dan 2014.

"Bagi tahun 2013, harta-harta dinilai semula mencatatkan peningkatan sebanyak RM2.74 bilion dicatatkan sebagai keuntungan.

"Dan bagi tahun 2014 nilaian semula harta dan aset 1MDB berjumlah RM897 juta," katanya.

Beliau berkata, sekiranya 1MDB tidak membuat nilaian semula kerugian pada 2013 di catatkan sebanyak RM1.96 bilion dan bagi 2014 pula ialah RM1.56 bilion.

Selain itu, katanya, penyata kedudukan kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 mengesahkan yang hutang terkini entiti tersebut mencecah RM42 bilion.

"Prestasi sebuah syarikat yang rugi berbilion ringgit tiap tahun daripada aktivitinya (tidak termasuk perubahan perakaunan seperti nilaian semula harta) dan berhutang sedemikian tinggi, sudah tentu mengundang soalan tentang pengurusan dan kewajaran perniagaan syarikat," katanya.

Rafizi berkata, tambah memburukkan keadaan apabila hutang entiti itu dijamin kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran syarikat itu tidak mampu membayar hutangnya.

"Ini yang saya katakan, ada kemungkinan risiko muflis yang tinggi, akhirnya hutang tersebut terpaksa ditanggung rakyat," katanya.

Maka, beliau menyeru ahli Parlimen Barisan Nasional membuka mata kepada hakikat yang tidak ada syarikat kerajaan sebelum ini yang menanggung kerugian berbilion ringgit setiap tahun seperti 1MDB.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .