» » 'Subsidi minyak hanya bagi yang berpendapatan RM10,000 ke bawah'


Hanya rakyat Malaysia berpendapatan RM10,000 sebulan ke bawah akan menikmati sebahagian subsidi minyak bermula tahun depan, sementara mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menikmati subsidi penuh, kata Putrajaya hari ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, program rasionalisasi subsidi akan dipecahkan kepada tiga peringkat.

"Mereka yang berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan akan menerima subsidi penuh sementara mereka yang berpendapatan di antara RM5,000 dan RM10,000 akan mendapat sebahagian subsidi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa Perbankan Islam anjuran Bank Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, mekanisme penuh masih dikaji Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Putrajaya membelanjakan lebih kurang RM24 bilion setahun untuk subsidi minyak bagi pengguna kenderaan, tetapi hanya mendapat RM7 bilion daripada penjualan permit import (AP) untuk kenderaan import.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pada Khamis mengumumkan sistem rasionalisasi subsidi minyak masih dalam kajian kerajaan dan akan melibatkan penggunaan Mykad.

Ahmad dilaporkan berkata, golongan berpendapatan tinggi perlu membayar RM2.58 untuk RON95 seliter sementara golongan berpendapatan rendah akan membayar RM2.30 seliter.

Ahmad berkata, golongan berpendapatan tinggi perlu membayar RON95 dengan harga pasaran bermula Jun 2015 sementara golongan berpendapatan rendah akan terus menikmati subsidi kerajaan.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .