Hubungan di antara dua bintang drama telenovela ‘Cinta Ibadah’ yang sedang bersiaran ketika ini, Sherry Ibrahim dan Fattah Amin, nampaknya semakin hari semakin erat.
Malah, Mangga Online sendiri pernah terserempak dengan pasangan ini yang kelihatan sibuk membeli-belah bersama semasa di The Curve, Damansara, Selangor, tempoh hari.
Jika dilihat laman sosial media, Instagram milik Sherry, terdapat banyak feed yang memuat naik gambar-gambar Sherry bersama Fattah di waktu senggang mereka.
Ini jelas menggambarkan bahawa kedua-dua bintang ini bukan sekadar ‘teman tapi mesra’ tetapi sudah memasuki fasa ‘teman lagi sayang’.
Apa komen Sherry mengenai hubungannya dengan aktor yang pertama kali mendukung watak utama menerusi drama bersiri ‘Playboy Itu Suami Aku’ tersebut?
“Ya, Sherry selalu keluar dengan Fattah. Tapi kalau Sherry nak cakap lebih-lebih tentang sejauh mana hubungan kami, rasanya tidak manis pula kerana Sherry ni perempuan.
“Apa yang boleh Sherry bagi tahu, hubungan kami masih baru,” kata Sherry yang ditemui di majlis pelancaran kempen Nivea Whitening Happy Shave ‘Feel Smooth Feel Confident’ di Kelab DiRaja Selangor, Bukit Kiara, semalam.
Aktres yang mendadak naik namanya semenjak muncul dalam drama bersiri ‘Teduhan Kasih’ ini menafikan dakwaan yang mengatakan hubungannya dengan Fattah adalah cinta lokasi ketika sama-sama membintangi ‘Cinta Ibadah’ semasa bulan Ramadan lalu.
“Sebenarnya, semasa di lokasi penggambaran, kami tidak berborak pun melainkan semasa sedang berlakon di hadapan kamera.
“Sehinggalah di hujung-hujung penggambaran drama ini barulah kami mula berbual-bual. Selepas itu, barulah kami mula keluar,” cerita Sherry yang bakal muncul dalam drama terbarunya, ‘Keluarga Karaoke’ yang akan disiarkan di Astro Warna.
Beza Tujuh Tahun Usia Dengan Fattah
Menyentuh tentang perbezaan umur tujuh tahun di antara Sherry dan Fattah yang mana aktres ini berusia 31 tahun, sementara Fattah pula baru 24 tahun, Sherry memberikan komennya mengenai ‘cakap-cakap’ yang mengatakan dia sukakan lelaki muda.
“Bukan Sherry hendakkan yang macam itu. Benda ni terjadi secararandom. Sherry sendiri tidak expectyang kami akan menjadi rapat.
“Apabila kami dah mula berkawan, Sherry dapati dia seorang yang matang, memahami dan selalu mendengar apa sahaja yang Sherry ceritakan.

“Apa yang penting bagi Sherry, dia selalu buat Sherry happy dan di antara satu sama lain, kami merasa selesa,” ujar Sherry yang sebelum ini pernah putus cinta bersama jejaka dari Mauritus.
Apabila Mangga Online mengajukan soalan sama ada mereka berdua sudah saling mengenali keluarga masing-masing, Sherry tersenyum sambil menjawab.
“Sherry dah pernah berjumpa dengan adik dia dan dia pula dah pernah bertemu dengan mama dan adik Sherry,” ujar Sherry atau nama sebenarnya, Syarizad Ibrahim.
No comments: