» » 'Peguam Negara mahu Anwar dipenjara lebih lama'


Dengan hujah mengatakan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim satu kesilapan, Jabatan Peguam Negara dilaporkan Malaysiakini memohon hukuman penjara yang lebih lama untuk Ketua Pembangkang itu.

Memetik dokumen berhubung alasan rayuan itu, portal berita itu melaporkan pihak pendakwa menganggap tempoh lima tahun diputuskan Mahkamah Rayuan sebelum ini tidak mencerminkan beratnya kesalahan itu, juga tidak berfungsi sebagai peringatan kepada masyarakat.

"Tempoh penjara 5 tahun gagal memastikan matlamat keadilan tercapai dari perspektif kepentingan umum.

"Ia jelas tidak memadai berbanding dengan peruntukan penjara 20 tahun dan rotan, seperti yang termaktub mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan," lapor Malaysiakini.

Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar rayuan Anwar berhubung sabitan kes liwatnya pada 28 dan 29 Oktober.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasan beliau yang diberikan Mahkamah Tinggi dua tahun lalu.

Mahkamah rayuan memutuskan Anwar bersalah atas tuduhan kes meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit kondiminum Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun, namun dibenarkan penangguhan sementara menunggu keputusan rayuannya daripada Mahkamah Persekutuan.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .