» » Pegawai KPDNKK Didakwa Terima Rasuah


Seorang pembantu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu terhadap pertuduhan menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang pengurus sebuah premis perniagaan tahun lepas. 

Zaidi Zainuddin, 31, didakwa menerima suapan itu daripada Ng Lap Ken, 47,sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga VCD/DVD cetak rompak Sim Kit Choon, 37, di sebuah hotel, Jalan Ipoh di sini pada 3.10 petang 22 Oktober tahun lepas.

Zaidi yang bertugas di KPDNKK cawangan Kuala Selangor didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan tertuduh, yang diwakili peguam Vasudevan Appu, diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang dan menetapkan 19 Nov untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Mohd Asnawi memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth supaya ia dapat disebut semula bersama enam lagi kes lain membabitkan isu sama.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .