» » NZ fail permohonan rasmi ekstradisi Rizalman


Kerajaan New Zealand secara rasminya memfailkan permohonan ekstradisi untuk mengheret bekas diplomat Malaysia ke mahkamah negara itu atas tuduhan melakukan serangan seksual.

Menurut laman web New Zealand, stuff.co.nz hari ini, Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan negara itu mengesahkan permohonan itu telah dibuat kepada pihak berkuasa Malaysia.

Muhammad Rizalman Ismail menjadi tajuk berita utama kira-kira lima bulan lalu apabila beliau ditahan atas tuduhan pecah rumah dan menyerang dengan niat untuk merogol.

Namun, beliau dibenarkan untuk dibawa pulang ke Malaysia menerusi saluran diplomatik.

Selepas kekecohan di kedua-dua belah pihak, kerajaan Malaysia setuju untuk menghantar Rizalman semula ke Wellington, tetapi tertangguh susulan dakwaan perlu melanjutkan penilaian psikiatrik.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .