Menurutnya, kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen pada 2 Oktober lalu juga berlaku ketika harga minyak dunia menurun.
Jelasnya, penanda aras minyak mentah di Amerika Syarikat mengalami penurunan harga sebanyak empat peratus pada awal minggu lepas.
"Keadaan ini menunjukkan Malaysia sepatutnya tidak terlalu terkesan dengan perubahan harga minyak dunia.
"Ironinya, Malaysia sebagai pengeksport utama minyak dan penyimpan minyak berbanding negara Thailand, Singapura dan Indonesia menyaksikan kenaikan harga minyak semalam," katanya dalam kenyataan.
Beliau turut mempersoalkan tindakan mengurangkan subsidi sebagai langkah penjimatan kerana kerajaan memohon belanjawan tambahan saban tahun.
"Persoalan saya, adakah ini sahaja cara bagi kerajaan berjimat?
"Lebih menghairankan lagi, kerajaan memohon belanjawan tambahan setiap tahun walaupun sedar bebanan hutang awam yang ada sepatutnya menjadikan kerajaan lebih teliti dan cermat dalam pengurusan bajet.
“Realitinya pemborosan dan kegagalan kerajaan menguruskan kewangan dan fiskal negara telah memangsakan subsidi minyak rakyat yang dinikmati sekian lama.
“Sekiranya kerajaan berjaya menguruskan fiskal negara dengan baik pasti subsidi tersebut akan dapat terus dinikmati,” katanya.
Beliau seterusnya menjangkakan bahawa kenaikan itu akan menyebabkan kesan berantai yang akan meningkatkan kadar inflasi.
“Ditambah lagi dengan pelaksanaan GST yang turut akan memberi kesan kepada kenaikan inflasi kelak, ini akan menyebabkan beban kewangan rakyat terus bertambah dan kerajaan terus memekakkan diri,” katanya.
No comments: