Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, harga pasaran itu akan ditentukan menerusi persetujuan bersama antara ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan pengusaha perkhidmatan bas.
Beliau berkata, keputusan terbaharu itu dibuat selepas pihaknya mengambil kira maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan dan mengambil kira kenaikan kos operasi seperti bahan api, penyelenggaraan, pembaikan dan alat ganti.
“Sejak tahun 2009, pengendali bas sekolah hanya dibenarkan untuk mengenakan tambang bas berdasarkan harga siling yang ditetapkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan. Penetapan itu mengehadkan pendapatan pengendali bas sekolah sehingga ada yang terpaksa menghentikan perkhidmatan akibat tekanan kenaikan kos dan menyebabkan kualiti perkhidmatan serta keselamatan turut terjejas.
No comments: