» » 'K'jaan M'sia tak tegas kutip hutang GLC tapi tegas kutip hutang PTPN'


MP Serdang, Ong Kian Ming mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihatnya tidak bersungguh-sungguh dalam menuntut semula bayaran hutang berjumlah berbilion ringgit dari syarikat berkaitan kerajaan.

Katanya, sikap itu jauh berbeza dengan tindakan kerajaan yang tekun dalam usaha memungut bayaran hutang dari peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ong dalam kenyataannya merujuk kepada hutang berbilion ringgit yang ditanggung oleh GLC seperti syarikat pembetungan Indah Water Konsortium (IWK).

“Pada hujung 2012, syarikat ini menanggung hutang dengan kerajaan persekutuan berjumlah RM4.5 bilion,” kata Ong dalam satu kenyataan hari ini.

Ong menggariskan bahawa IWK gagal membayar “sesen pun” daripada jumlah itu, dan menanggung hutang lebih RM2 bilion dengan kerajaan persekutuan.

“IWK gagal membayar sesen pun daripada pembayaran semula untuk 2012 dan masih menanggung hutang tertunggak RM1.94 bilion pada akhir 2012, yang meningkat kepada lebih RM2 bilion,” katanya.

Ong juga mendakwa, GLC seperti Cyberview (pemaju utama untuk Cyberjaya), Malaysian Debt Ventures dan Composites Technology Research Malaysia juga menanggung hutang yang besar dengan kerajaan.

MP DAP itu seterusnya mempersoalkan mengenai tindakan ke atas syarikat itu, yang menurutnya tidak berpatutan jika dibandingkan dengan tindakan senarai hitam ke atas peminjam PTPTN.

Beliau menuntut kerajaan menjelaskan kelemahan dalam memastikan syarikat terbabit, terutama yang membuat keuntungan, membayar hutang kepada kerajaan mengikut jadual.

“Mengapa syarikat ini nampakanya diberi pas percuma sedangkan peminjam PTPTN dikenakan layanan lebih buruk, termasuk kemungkinan senarai hitam kredit?,” katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .