Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kumulatif kematian sehingga 18 Oktober ialah sebanyak 157 berbanding 59 bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hasil pemantauan kementerian dari Januari sehingga 11 Oktober, sebanyak 3.99 juta premis telah diperiksa di seluruh negara dan 13,013 kompaun dikeluarkan bernilai melebihi RM6 juta.
Mengenai perkembangan kes denggi berdasarkan mingguan pula, beliau berkata terdapat peningkatan sebanyak 19 peratus dalam tempoh tujuh hari dari 12 Oktober hingga 18 Oktober dengan 2,160 kes dilaporkan kes berbanding 1,822 kes pada minggu
sebelumnya.
Katanya, terdapat 10 negeri telah mengalami peningkatan kes demam denggi dalam tempoh berkenaan iaitu Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.
sumber
No comments: