Harga petrol RON95 dan diesel akan dinaikkan mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan hari ini menurunkan subsidi minyak dan diesel sebanyak 20 sen, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Menurut KPDNKK, harga petrol akan naik kepada RM2.30 seliter daripada RM2.10 sekarang dan diesel RM2.20 daripada RM2.
"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," kata kenyataan KPDNKK itu.
Menurut KPDNKK, langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
KPDNKK berkata, dengan pengurangan subsidi ini, kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan golongan tidak bertanggungjawab .
KPDNKK berkata, dengan pengurangan subsidi ini, kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan golongan tidak bertanggungjawab .
No comments: