"Rakyat Malaysia hingga 2 Oktober 2014 masih mendapat harga minyak yang kurang daripada harga pasaran iaitu RON95 bersubsidi RM2.30 dan diesel bersubsidi RM2.20.
"Subsidi kerajaan BN hari ini untuk RON95 masih ada iaitu RM0.28 seliter dan diesel RM0.32 seliter.
"Subsidi ini turun naik bergantung kepada pasaran minyak dunia dan dasar Kerajaan terhadap subsidi tersasar kepada bersasar," kata Ahmad.
Penjelasannya itu timbul ekoran kritikan meluas ke atas langkah terbaru kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dan diesel, Selasa lalu.
Kritikan berkenana antara lainnya mempersoalkan kenaikan yang berlaku ketika harga pasaran dunia di paras rendah.
Dalam tulisan itu, Ahmad seterusnya menjelaskan bahawa kerajaan berusaha untuk memperbetulkan senario pemberian subsidi minyak yang merugikan rakyat berpendapatan rendah dan menguntungkan rakyat berpendapatan tinggi.
Menurutnya lagi, kerajaan cuba membetulkan pemberian subsidi yang selama ini 'tersasar' kepada bantuan subsidi bersasar menerusi bantuan secara terus.
"Sepatutnya subsidi diberi lebih kepada rakyat berpendapatan rendah dan kurang kepada yang berpendapatan tinggi. Di Malaysia subsidi minyak jadi terbalik.
"Ini perlu dibetulkan dengan diberi pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah," katanya lagi.
"Rumusan tentang hal subsidi minyak ialah keperluan kepada pembetulan struktur subsidi dengan kaedah pembaikan kepada subsidi yang terbalik yang tidak rasional.
"Inilah antara sebab mengapa subsidi minyak dikurangkan 20 sen selain untuk lebih RM20 bilion subsidi itu diguna bagi menafaat pembangunan rakyat dan negara dengan lebih adil serta bersasar," katanya.
No comments: