» » Sultan S'gor minta Khalid 'tutup mulut' hingga baginda pulang


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Sultan Selangor telah menasihatkan beliau supaya tidak membuat sebarang kenyataan sehingga baginda pulang pada 27 Ogos.

"Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.

"DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan yang baginda berpuashati bahawa saya mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika saya menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos 2014," kata Khalid dalam satu kenyataan malam ini.

Seterusnya, kata beliau, baginda telah menitahkan beliau supaya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk beliau menghadap baginda.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa beliau telah mengelirukan baginda Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan mendapat sokongan 30 ADUN Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua ADUN PAS - Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) - mengganti Khalid sebagai menteri besar yang baru.

Dr Wan Azizah juga telah mengutus surat kepada Sultan Selangor untuk mendapatkan pandangan baginda sekiranya ada keperluan memanggil sidang DUN berkaitan proses pertukaran menteri besar.

Abdul Khalid pula, dalam reaksinya berkata dakwaan Wan Azizah itu perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di DUN Selangor.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .