» » 'Bekalan air kurang di Lembah Klang, perlu catuan sekali lagi'


Selangor dan Kuala Lumpur memerlukan catuan air berjadual kedua kerana kerajaan negeri tidak boleh lagi bergantung kepada hujan antara monsun yang dijangka September ini, kata Persatuan Kajian Air dan Tenaga Malaysia (Awer).

Presiden Awer S Piarapakaran berkata mesyuarat kerajaan negeri hari ini yang akan membincangkan tentang catuan air kedua adalah lebih baik daripada tidak ada langsung.

"Isunya mudah saja. Kita jelas tidak mempunyai bekalan air mentah mencukupi untuk kilang penapisan yang mengeluarkan 60% air kepada pengguna dalam negeri ini.

"Tidak baik jika kita hanya bergantung kepada air hujan antara monsun bulan depan kerana kita tidak boleh jamin akan ada hujan yang stabil dan cukup," katanya seperti dilaporkan The Star hari ini.

Presiden Persatuan Air Malaysia Syed Mohamad Alhabshi berkata industri air menghadapi masalah ini selepas Langat 2 ditangguhkan.

"Mengapa kita membenarkan diri kita berada dalam situasi ini? Ia sudah dijangka sejak empat tahun lalu," katanya ketika ditemui The Star.

Mereka yang memberikan nasihat kepada kerajaan negeri sebelum ini iaitu negeri berkenaan mempunyai bekalan air cukup "bebas tanpa hukuman".

Syed Mohamad juga memberi amaran catuan akan dibuat tahun depan sehingga Langat 2 siap.

"Ia akan menjadi seperti acara tahunan," katanya.

Sebahagian besar rakyat Selangor mengalami catuan air antara Februari hingga Mac tahun ini apabila paras air di empangan Sungai Selangor yang membekalkan lebih 60% keperluan air, jatuh kepada paras kritikal.

Ketika catuan terakhir dibuat, paras air ketika itu adalah 37%.

Kini parasnya mencecah 32%.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berulang kali menegaskan belum masa untuk catuan air dibuat lagi.

Katanya, Selangor mempunyai bekalan air mentah mencukupi dan boleh bertahan sehingga beberapa tahun lagi.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .