“Sebelum ini saya bekerja sebagai setiausaha dan tidak ada kena mengena langsung dalam dunia lakonan. Pertama kali saya diberi peluang untuk melakonkan watak utama adalah dalam drama Mencari Atirah. Ketika itu saya begitu terkejut kerana saya sememangnya tidak pernah berlakon.
“Sekarang ini saya dah berasa selesa dengan kerjaya sebagai seorang pelakon. Saya memang ingin fokus dalam bidang ini, “ kata Aishah ketika ditemui pada majlis pelancaran telenovela Cinta Ibadah di Best Western Premier Dua Sentral.
Diberi kepercayaan memegang watak utama dalam Cinta Ibadah merupakan satu cabaran besar baginya kerana dia perlu melakonkan dua watak.
“Memang ini merupakan cabaran bagi saya kerana perlu menghayati dua watak. Kadang-kadang saya pernah hilang fokus, namun dengan bantuan pengarah saya dapat terus memberikan yang terbaik dalam drama tersebut.
“Pada mulanya saya agak stress kerana perlu memegang dua watak dan episodnya pula sangat panjang iaitu sebanyak 130 episod. Tetapi ibu saya memberitahu bahawa tiada apa yang mudah dalam melakukan sesuatu perkara, jadi saya terus berusaha memberikan yang terbaik untuk drama ini,” ujar Aishah.
Dalam pada itu, dia turut memberitahu mencari keserasian bersama Fattah Amin dalam drama Cinta Ibadah pada mulanya agak sukar.
“Agak sukar untuk mencari chemistry dengan Fattah semasa mula-mula saya bekerjasama dengannya dan ini adalah pertama kali saya berlakon dengan dia. Bagi saya apabila sudah lama bekerjasama dengan seseorang, chemistry itu pasti akan ada. Fattah juga banyak membantu saya dalam mencari keserasian.
“Tetapi kalau nak diikutkan, saya ini mengambil masa yang agak lama untuk mencarichemistry. Tidak kiralah dengan mana-mana pelakon sekali pun. Saya memang begitu, “ katanya.
Ditanya mengenai hal peribadi, Aishah memberitahu bahawa dia masih lagi solo kerana sangat sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
“Buat masa sekarang ini saya masih single. Saya tak sempat nak cari teman lelaki kerada sangat sibuk dengan penggambaran. Memang ada lelaki yang cuba mendekati saya tapi selepas mereka melihat kerja saya yang sangat sibuk, mereka semua lari.
“Saya mencari teman yang memahami kerja saya. Kalau nak diikutkan memang saya nak cepat ke jinjang pelamin tapi saya masih belum menemui calon yang sesuai.
“Bagi mereka yang bukan dalam industri ini mungkin susah nak faham dengan bidang yang saya ceburi ini kerana kami sebagai pelakon bekerja sampai pukul tiga pagi dan susah untuk terikat dengan komitmen,” kata Aishah.
No comments: