» » 'Tiada Soup Kitchen jika menteri jaga HOMELESS'


Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin menggesa menteri-menteri kabinet mencontohi sikap Dr Mahathir Mohamad yang sering turun padang sepanjang menjadi perdana menteri.

Selain menjadikan mereka lebih sihat, Kadir berkata ia boleh menjadikan mereka lebih memahami masalah rakyat.

“Menteri-menteri kita akan lebih sedar keadaan rakyat biasa jika mereka kurangkan masa di pejabat mewah mereka atau bergerak ke sana ke mari diiringi konvoi dan meluangkan sedikit masa di lapangan,” kata Kadir.

Dalam blognya hari ini, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu mengulas larangan terbaru kepada kumpulan pemberi makanan percuma soup kitchen .

Kadir berkata, beliau akan menyokong larangan itu jika kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak memastikan setiap orang – lelaki, wanita dan kanak-kanak – dijaga.

“Kepada kerajaan Najib Abdul Razak, saya katakan: NGO yang tidak mementingkan diri sendiri, sukarelawan dan penderma tampil membantu kerana pihak berkuasa tidak melakukan banyak usaha untuk memberi makan dan membantu golongan miskin,” katanya.

Katanya, jika Najib dan menterinya seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Rohani Abdul Karim (pembangunan wanita) dapat membantu golongan tertindas, aktivis masyarakat dapat memfokuskan perkara lain.

Kadir juga membangkitkan larangan khusus pemberian makanan percuma dalam jarak 2 kilometer daripada Lot 10 di ibu negara dengan mempersoalkan apa istimewanya tempat itu.

“Saya harap ia bukan kerana ia milik YTL Corporation, yang pengarah pengurusannya Francis Yeoh yang terkenal dengan mengisytiharkannya bukan kroni Mahathir," kata Kadir .

Kadir berkata isu kemiskinan bandar patut dilihat dalam konteks lebih luas melibatkan isu kesetaraan ekonomi, pengangguran dan kurangnya jaringan keselamatan untuk golongan fakir miskin.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .