Menulis di Facebook, beliau menggambarkan pemergian Regina Soosalu itu sebagai “tragedi terburuk dalam hidupnya”, lapor The Star.
“Regina kasihku telah pergi pada 1 Julai, dalam bulan mulia Ramadan. Dia cintaku, sahabat sejatiku dan akan terus menjadi inspirasi untuk seluruh hidupku.
“Hatinya penuh keagungan, kasih sayang dan belas ihsan untuk semua makhluk dan kehidupan itu sendiri.
“Tiada kata boleh meluahkan kekosongan dan keperitan hatiku. Tak perlu ucapan selamat tinggal. Sehingga kita berjumpa lagi my baby, kau selalu di hatiku,” tulis Tengku Alang di Facebook, seperti dilaporkan The Star.
Harian berbahasa Inggeris itu hari melaporkan, polis kini menyiasat sama ada Soosalu dibunuh setelah pada mulanya disangka mati lemas.
Polis mempertimbang untuk meneliti kemungkinan ia satu kes bunuh dan mengelaskan kes itu bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas menemui kesan luka "meragukan" pada tubuhnya.
Enam individu ditahan untuk membantu siasatan tetapi polis masih belum memanggil teman lelakinya.
No comments: