» » Pengawal Keselamatan Rogol Anak Saudara Ditahan


Polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 58 tahun selepas disyaki merogol anak saudaranya yang berusia 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata suspek diberkas susulan laporan polis yang dibuat oleh guru mangsa pada pukul 7.30 pagi Isnin.

Kanak-kanak itu yang juga murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di Batu Niah, dipercayai tinggal dengan suspek sejak berusia lapan tahun selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya pula bekerja di Bintulu, kata Gan kepada Bernama di sini Selasa.

Katanya guru terbabit membuat laporan polis selepas kanak-kanak berkenaan mengadu perbuatan bapa saudaranya.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk pemeriksaan dan pegawai perubatan mengesahkan kanak-kanak itu dirogol, katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .