» » Nora Tidak Halang Anak-Anak Fokus Budang Seni Muzik


Penyanyi Nora tidak akan menghalang ketiga-tiga orang anaknya melibatkan diri dalam bidang muzik tempatan sekiranya mereka benar-benar ingin memberi fokus dengan kerjaya tersebut.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah binti Ariffin, 41, berkata, dia dapat melihat tiga anaknya iaitu Mohd Syakir Iman, 22, Mohd Syakir Alif, 16, dan Putri Nor Dahlia, 11, mempunyai bakat seni yang tersendiri dan mampu pergi jauh.

"Alhamdulillah, semua anak-anak saya boleh menyanyi tanpa diajar. Bagi yang sulung, dia boleh main gitar, anak kedua pula boleh menyanyi dan yang ketiga pula boleh bermain alat muzik dan menyanyi. Kalau melihat Dahlia menyanyi, dia mempunyai faktor X apabila membuat persembahan.

"Dan sebagai ibu, rasa sayang pula apabila bakat mereka ini tidak didedahkan. Tetapi terpulang pada mereka," katanya kepada mStar Online.

Tambah Nora yang turut mempunyai seorang lagi anak, Putri Nur fatihah, 2, anak-anaknya juga mengimpikan untuk memiliki sebuah album sendiri.

Namun menyedari keadaan pasaran album yang kurang memberangsangkan rancangan itu ditangguhkan buat sementara waktu.

Sementara itu, Nora bersyukur single lagu terbaharu dia bersama anak-anak iaituSelamanya Bahagia yang mengisahkan tentang kasih sayang kekeluargaan mendapat respons baik oleh pendengar-pendengar radio.

"Alhamdulillah, lagu ini amat bermakna buat saya dan anak-anak kerana kami bekerjasama dalam penghasilan lagu ini. Jika ia benar-benar mendapat tempat di hati peminat, kami akan meneruskan untuk muncul dengan single seterusnya pula," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nora kini sibuk menerima tempahan pelbagai jenis biskut raya sepanjang bulan Ramadan ini secara online di norasecukuprasa.blogspot.com.

Beritahu Nora, antara biskut raya yang popular ditempah termasuklah Arab, Cornflakes, Tat Nenas, Biskut Cip Coklat, Almond London, Biskut Mentega Kacang, Biskut Kurma, Semperit dan Chocolate Almond Shortbread.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .