Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau petang semalam selepas pergi ke sana setelah mendapat tahu mereka dicari polis berhubung dakwaan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar mereka mengganggu penjawat awam menjalankan tugas di Bazar Ramadan di Arau Ahad lepas.
Syed Atif berkata:"Saya terus ditahan di IPD Arau sebaik menyerah diri namun akan memberi kerjasama penuh kepada polis yang menjalankan siasatan."
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas dibebaskan petang semalam.
Sementara itu, peguam Jamil Mohamed Shafie yang mewakili Syed Atif dan Saiful Nizam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
No comments: