» » Heliza Helmi Kagumi Felixia Yeap & Neelofa Dalami Ilmu Islam


Penyanyi Heliza Helmi berasa kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan model Felixia Yeap dan pelakon Neelofa yang kini sudah berhijrah dan berusaha mendalami agama Islam.

Heliza, 28, berkata, kedua-dua selebriti itui menunjukkan semangat mereka untuk menjadi muslim yang lebih baik berbanding sebelumnya.

"Alhamdulillah pintu hati mereka terbuka untuk berhijrah sehingga saya sendiri rasa kagum dengan usaha mereka yang bersungguh-sungguh mahu mendalami Islam.

"Felixia setiap minggu hadir kelas agama dan ada satu ketika dia datang dengan teksi kerana tidak tahu tempat usrah tersebut, begitu juga Neelofa yang tidak pernah ketinggalan menyertai kelas-kelas agama," ujarnya .

Heliza berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penghijrahan beberapa selebriti tempatan pada Ramadan ini.

Tambah Heliza, kesungguhan mereka membuatkan dirinya berasa malu kerana sering memberi pelbagai alasan jika tidak hadir ke kelas-kelas agama.

Katanya, dia sentiasa berharap agar lebih ramai lagi selebriti yang berhijrah menjadi lebih baik.

"Saya lihat Felixia sangat rajin dan bila tidak dapat datang ke kelas belajar agama, dia rasa sedih dan saya pula jadi malu kerana sering bagi alasan jika tidak dapat hadir.

"Saya bersyukur semakin ramai artis yang sudah berhijrah. Hijrah bukan sekadar menutup rambut tetapi jika seseorang itu belum bertudung tetapi dia melakukan sesuatu benda baik yang tidak dilakukan sebelum ini, hal itu juga boleh dikatakan berhijrah," ujarnya.

Sementara itu, Heliza yang sibuk dengan aktiviti memberi bantuan kepada warga Palestin dan Syria mengakui belum memikirkan soal mendirikan rumah tangga.

Kata Heliza, dia menyerahkan urusan jodohnya kepada Allah.

"Buat masa ini saya sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti dan kerjaya hingga tiada masa untuk fikir soal jodoh.

"Keluarga saya memahami tentang itu dan kakak saya pun belum lagi berkahwin, apa-apa pun saya hanya berdoa agar ditemukan dengan lelaki yang baik," ujanya.

Sementaa itu, Heliza yang dilantik sebagai duta baharu syampo jenama Sunsilk ini mengakui sangat terkejut apabila menerima tawaran tersebut.

Katanya, selepas hampir empat tahun bekerjasama dengan produk itu, dia akhirnya dipilih menjadi duta produk berkenaan.

"Sebelum ini saya hanya jadi model iklan itu sahaja iaitu kira-kira empat tahun. Bila ditawarkan menjadi duta, saya rasa seperti macam nak pengsan.

"Saya pengguna produk ini sejak dahulu dan ia satu-satunya produk yang menyokong wanita berhijab," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .