» » Bersih, Suaram desak IPCMC ditubuhkan


Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan.

Pengarah Eksekutif Suaram Yap Swee Seng melahirkan rasa terkejut dengan keganasan polis terhadap perhimpunan Himpunan Hijau di kilang Lynas, Kuantan pada 22 Jun lalu.

Sekitar 1,000 peserta himpunan berkumpul di Gebeng, Kuantan.

"Salah seorang peserta demonstrasi dipukul dengan teruk oleh polis," kata Yap pada sidang media bersama Bersih 2.0.

"Kami menggesa kembali Putrajaya menubuhkan IPCMC kerana Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (Siap) gagal.

"Polis tidak menghormati rakyat untuk hak berhimpun dan kebebasan bersuara," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .