Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 33, berkata, klip video bagi sesebuah lagu yang dihasilkan mempunyai jalan cerita tersendiri dan perlu dilakonkan dengan baik manakala pelakon yang dipilih adalah berdasarkan persetujuan semua pihak.
"Tidak dinafikan jika ia dilakonkan oleh pelakon lelaki popular sedikit sebanyak menarik peminat-peminat mereka untuk melihat klip video tersebut.
"Namun pemilihan siapa juga dalam klip video saya adalah hasil perbincangan bersama pengarah iaitu Ghaz Abu Bakar bersama produksi. Kita akan pilih sesuatu yang popular dan diperkatakan masyarakat sekarang," katanya .
Alyah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang klip video single terbaharunya berjudul Sesal Separuh Nyawa yang menampilkan pelakon Singapura yang sedang meningkat naik iaitu Hisham Hamid.
Sebelum ini, lagu Kisah Hati turut menampilkan aktor pujaan ramai iaitu Remy Ishak sebagai watak kekasihnya dalam klip video itu.
Sementara itu, Alyah turut berkata, Sesal Separuh Nyawa itu merupakan penampilan berhijab pertamanya dalam klip video. Jelasnya, dalam klip video tersebut juga dia cuba membuktikan penampilan bertudung juga mampu selari dengan perkembangan fesyen terkini.
Dalam pada itu, ditanya tentang lagu tersebut, Alyah yang terlibat secara langsung dalam penulisan lirik memberitahu ia tidak mempunyai kaitan dengan kisah hidupnya.
"Ia hanya sebuah lagu sahaja dan tiada berkaitan dengan kisah mana-mana individu pun," katanya.
Dalam pada itu, Alyah berkata, Ramadan tahun ini dia memilih untuk berehat daripada sebarang aktiviti nyanyian.
Ia juga kali pertama dia berbuat demikian selepas lapan tahun bergelar penyanyi.
"Ramadan tahun ini saya berehat sahaja dan kalau ada pun hanya pergi memenuhi undangan berbuka puasa sahaja.
"Kali ini saya mahu bersama keluarga dan mengambil kesempatan untuk membuat sedikit sebanyak ibadah yang termampu," ujarnya.

No comments: