» » Malaysia tidak laksana demokrasi sepenuhnya


Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) meminta Amerika Syarikat yang merupakan "juara demokrasi" dunia agar menegur amalan demokrasi di Malaysia, yang disifatkan sebagai tempang dan tidak mematuhi sistem demokrasi itu sendiri.

Antara yang paling ketara adalah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Persekutuan tidak mematuhi sistem Persekutuan atau 'federalism' di Malaysia apabila hak negeri yang bukan di bawah kuasa parti pemerintah di peringkat negeri diketepikan, kata Datuk Mustafa Ali.

"Misalnya, kerajaan pusat menafikan hak negeri untuk mendapatkan royalti minyak di Kelantan," kata Setiausaha Agung PAS itu kepada Susan Rice, Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat dan tiga lagi pegawai Amerika dalam pertemuan 45-minit dengan pemimpin PR itu.

Turut serta dalam pertemuan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pagi ini adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dalam pertemuan itu, Anwar menjelaskan pendirian PR tentang mengapa mereka tidak bersetuju dengan TPPA secara keseluruhannya ketika disoal oleh Rice.

Anwar turut menyentuh soal integriti kehakiman di negara, namun tidak menyentuh secara spesifik terhadap kes beliau sendiri, kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.

Lim pula menekankan isu kegagalan sistem di Malaysia yang tidak memberikan kemenangan kepada PR, walaupun mendapat 52% undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Pertemuan ini diadakan sempena lawatan Presiden Amerika Barack Obama ke negara ini.

"Saya turut menekankan kegagalan Malaysia dalam memberikan kebebasan media di negara ini, di mana semua media arus perdana dikawal oleh kerajaan," kata Mustafa.

Sumber T-M-I

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .