» » Doktor Islam tak dapat potong tangan


Pakar bedah tidak boleh melakukan pemotongan untuk pelaksanaan hudud kerana hukuman seperti itu mesti dilakukan tanpa anestesia, kata Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM).

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Presiden IMAM Prof Datuk Dr Abdul Rahim Mohamad berkata, pemotongan anggota badan tanpa anestesia bertentangan dengan sumpah pakar perubatan.

“Para doktor, yang memotong anggota badan berpenyakit, melakukannya menggunakan anestesia supaya tidak menyakitkan.

“Moral hukuman hudud untuk memberikan kesakitan, ketakutan, penyesalan dan taubat kepada pesalah sebagai pengajaran untuk tidak mengulangi jenayah dan hukuman terbuka menjadi penghindar kepada salah laku jenayah sama di masa akan datang,” katanya.

Justeru, katanya, penggunaan anestesia menghalang maksud sebenar pelaksanaan hudud.

IMAM bagaimanapun mengakui terdapat perbezaan pandangan antara mazhab berhubung peranan doktor dalam pelaksanaan hudud dan mereka terbuka kepada perbincangan.

Sumber M-K

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .