» » » 'Kononnya' Ringgit Malaysia mampu melonjak semula bila-bila masa


Ringgit kini berada dalam kedudukan bersedia untuk melonjak kembali setelah menjunam ke paras terendah dalam tempoh 19 tahun ekoran langkah kerajaan menjana permintaan terhadap mata wang tempatan itu.

Memetik laporan Bloomberg, Presiden Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia Datuk Lee Kok Kwan berkata, kenaikan nilai ringgit itu boleh berlaku dalam masa yang singkat.

Beliau yang juga pengarah CIMB Group, prestasi ringgit disokong oleh asas ekonomi yang kekal stabil dengan lebihan dagangan akan meningkat sejajar kelemahan ringgit pada masa ini.

"Asas ekonomi Malaysia stabil dan kelihatan baik. Lebihan dagangan dan akaun semasa akan menjana peningkatan kerana import yang berkurangan setelah ringgit menjadi lemah," jelas beliau.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menzahirkan keyakinan langkah-langkah yang diambil oleh Bank Negara akan dapat menjadikan mata wang ringgit lebih stabil tahun ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, penyusutan nilai ringgit dibimbangi ramai, namun ia berlaku di luar kawalan kerajaan.

Beliau berkata, daripada 149 mata wang dunia, 123 nilai mata wang menghadapi penyusutan berbanding Dolar Amerika, dan Malaysia tidak terkecuali, dan bukan satu-satu negara yang terkesan.

Beliau berkata tiga faktor luar kawalan yang mempengaruhi nilai Ringgit ialah 'spekulasi berlebihan dalam pasaran luar pesisir', kejatuhan harga minyak dan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat pada Disember lalu.

Baru-baru ini, ringgit menjunam ke paras terendah baru iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.

Ringgit mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding AS$1 pada bulan Januari 1998.

Perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya memutuskan ringgit ditambat pada kadar RM3.80 berbanding dolar.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, FBM KLCI dapat menampung semula kerugian awal pada sesi dagangan pagi tadi di Bursa Malaysia tetapi sentimen pelabur masih gelisah ekoran jualan mengatasi belian.

Pada jam 9.55 pagi, FBM KLCI naik 4.64 mata kepada 1,672.54, memetik laporan The Edge Markets.

Kaunter paling untung termasuk British American Tobacco (M) Bhd, Hong Leong Financial Group Bhd, Maxis Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Hap Seng Consolidated Bhd, PPB Group Bhd, HLT Global Bhd, Genting Bhd dan Hong Leong Bank Berhad.

Saham aktif pula termasuklah Sumatec Resources Bhd, Hovid Bhd, Green Packet Bhd, Hibiscus Petroleum Bhd, HLT Global, IFCA MSC Bhd dan Borneo Oil Bhd.

Kaunter yang rugi antaranya Tenaga Nasional Bhd, Petronas Gas Bhd, Cycle & Carriage Bintang Bhd, Nestle (M) Bhd, Hovid, Genting Plantations Bhd dan Boustead Holdings Bhd.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .