» » » 'SUPERMOON'' terbesar sejak tahun 1948 akan berlaku pada 14 November 2016 ini


Fenomena 'Supermoon' atau bulan penuh Perigee boleh dilihat pada 14 November ini

Ia akan kelihatan bermula jam 7.24 malam dan seterusnya fasa bulan penuh atau purnama pula pada jam 9.54 malam

Fenomena itu berlaku apabila bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (Perigee) yang membuatkan saiz bulan seolah-olah lebih besar daripada biasa

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali

Fenomena 'Supermoon' pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015


"Bagaimanapun, kejadian kali ini bakal menyaksikan bulan berada paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun

"Rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan ini untuk menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang," katanya

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh melayari laman web, Facebook dan Twitter Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Orang ramai juga dijemput untuk berkongsi imej Perigee bulan purnama pada 14 November ini di Facebook ANGKASA .


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .