Polis menahan peguam dipercayai suspek berhubung kes cabul penuntut perempuan di Bandar Sungai Long, Kajang, petang Selalu lalu.
Lelaki terbabit menyerah diri di Balai Polis Kajang, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata hasil pengecaman dilakukan oleh mangsa, lelaki berusia 33 tahun itu adalah pelaku dalam kejadian itu.
Menurutnya, lelaki terbabit ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian 3.30 petang, Selasa lalu, suspek didakwa mengekor penuntut yang berusia 20-hingga ke kondominium sewanya.
Ketika penuntut itu menekan butang kata laluan untuk memasuki kediamannya, lelaki terbabit terus menyentuh dan meraba punggung mangsa.
Mangsa kemudian berpaling dan terkejut mendapati lelaki tidak dikenali berada di belakang.
Lelaki itu sekali lagi bertindak biadap apabila meraba dada rakan mangsa menyebabkan perempuan itu menjerit sebelum suspek melarikan diri.
Ketika itu mangsa mengeluarkan telefon untuk merakam video dan cuba mengejar lelaki terbabit yang melarikan diri menggunakan tangga.
Rakaman video berdurasi 16 saat ketika mengejar lelaki terbabit turut dimuat naik sehingga menjadi viral.
Berita sebelum ini :
No comments: