» » » Najib Razak nafi gadai Malaysia kepada China selepas dituduh menyamun berbilion ringgit wang rakyat Malaysia


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dalam rangka lawatan enam hari ke China hari ini menafikan bahawa pelbagai perjanjian yang ditandatangani adalah ibarat menjual negara.

Katanya, projek-projek infrastruktur berkenaan akan kekal milik Malaysia dan dikendalikan oleh rakyat Malaysia.

"Kelihatan ada yang seolah-olah tidak menyambut baik pelaburan dalam ekonomi Malaysia, dan seolah-olah tidak mahu yang melihat peluang pekerjaan, kemahiran dan peningkatan dalam kehidupan orang ramai .

"Ada yang mendakwa bahawa Malaysia sedang dijual. Ini tidak masuk akal dan adalah palsu," kata Najib dalam satu kenyataan.

Sepanjang lawatannya itu, 14 memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian bernilai RM143.64 bilion ditandatangani dengan China.


Selain itu, mereka turut memeterai 16 perjanjian dan MoU antara kerajaan dengan kerajaan.

Ini, kata Najib mengambarkan keyakinan kedua-dua negara dalam ekonomi satu sama lain serta hubungan baik dan kepercayaan, yang dibina antara China dan Malaysia.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .