» » » Lans koperal polis yang hidup mewah dengan memandu BMW sebenarnya ketua kumpulan samun Geng Minyak.


Rahsia kehidupan mewah seorang anggota polis berpangkat lans koperal yang memiliki sebuah kereta BMW dan mampu berbulan madu ke Korea dengan perbelanjaan lebih RM17,000 akhirnya terbongkar apabila dia rupa-rupanya dalang utama kumpulan samun Geng Minyak.

Aktiviti anggota polis berkenaan yang dikatakan dilakukan bersama abangnya dan konco-konco Geng Minyak pecah selepas polis menahan dua beradik itu pada 25 Oktober lalu.

Malah hasil siasatan lanjut pasukan khas dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan mendapati mereka menjadikan Sungai Kemasin di Kampung Tengah Perupok di sini sebagai lokasi menyorokkan peti-peti besi yang telah dirompak mereka.

Sumber berkata, hasil soal siasat yang dijalankan terhadap dua suspek utama berusia 25 dan 28 tahun itu telah membawa pihak polis ke lokasi berkenaan yang dijadikan sebagai lokasi membuang tiga peti besi kosong selepas menyamun semua duit di dalamnya.

“Pihak polis mendapatkan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan untuk melakukan selaman bagi mengesan barang utama kes yang dibuang anggota kumpulan penjenayah ini.

“Hasil operasi yang dijalankan selama empat jam bermula pukul 3 petang semalam (Rabu), akhirnya kita berjaya menemui tiga peti besi yang dicampak suspek ke dalam sungai yang dianggarkan sedalam lima meter,” katanya di sini semalam.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .