Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkenalkan minyak masak botol satu liter bersubsidi dalam masa terdekat
Menteri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata ia bertujuan memberi pilihan kepada pengguna yang tidak mahu membeli minyak masak satu kilogram (kg) yang bersubsidi
Katanya, minyak masak dalam paket plastik masih dikekalkan dan penjualan dalam botol hanya untuk mempelbagaikan jenis minyak bersubsidi
"KPDNKK tidak akan menambah kuota minyak bersubsidi sedia ada sebaliknya mahu mempelbagai pilihan kepada pengguna
"Harga mungkin berbeza sedikit kerana kerajaan hanya subsidi minyak masak saja, namun kami akan umumkan harganya dalam masa terdekat
"Saya sudah berjumpa dengan beberapa peniaga dan kami akan terus mengadakan perbincangan untuk memantau kemampuan mereka memasarkan minyak masak berkenaan," katanya
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Pengguna kali ke-6 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di Menara FELDA, di sini, hari ini.
No comments: