» » » Koperal polis antara yang ditangkap terlibat dalam samun stesen minyak


Seorang anggota polis berpangkat koperal antara tujuh ahli 'geng minyak' yang ditahan kerana merompak lapan stesen minyak di sekitar negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abd Rahman Ismail berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan bersama abangnya yang berusia 28 tahun pada serbuan pertama di hadapan sebuah rumah di Kampung Tengah Perupok, Bachok, pada jam 4.30 petang, 25 Oktober lalu.

“Pemeriksaan terhadap tubuh badan suspek utama menjumpai pistol jenis Walther berisi 10 peluru dan satu gari berwarna perak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan, di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan penahanan dua beradik itu, polis menahan lima lagi suspek berusia antara 18 dan 50 tahun termasuk seorang wanita yang berusia 21 tahun juga isteri kepada salah seorang daripada mereka.

“Serbuan bermula 25 Oktober hingga 27 Oktober lalu itu dilakukan di sekitar Bachok dan Kota Bharu. Kesemua yang ditahan dipercayai terbabit dengan kegiatan samun bersenjata dan berkumpulan di stesen-stesen minyak di sini (Kelantan).

"Penahanan ini sekali gus berjaya menyelesaikan lapan kes membabitkan kejadian samun stesen minyak di Bachok dan Kota Baharu. Mereka ditahan reman sehingga 3 November depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .