Kementerian Sumber Manusia mendedahkan seramai 75,819 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan sejak dari tahun 2015 sehingga September tahun ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ismail Abd. Mutalib berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 44,343 pekerja di negara ini telah diberhentikan kerja pada 2015 dengan seramai 24,452 individu diberhentikan secara biasa dan 19,891 individu secara sukarela (VSS).
“Statistik pada bulan Januari hingga September 2016 menunjukkan sebanyak 31,476 individu turut diberhentikan kerja yang melibatkan pekerja daripada pelbagai sektor di negara ini.
“Daripada jumlah statistik 2016, sebanyak 17,051 orang atau 54.2 peratus diberhentikan kerja secara biasa manakala seramai 14,426 orang atau 49.9 peratus diberhentikan secara VSS,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini semalam.
No comments: