Jika sebelum ini , 2 video yang bertanya soalan secara rasmi dalam Parlimen Malaysia berkaitan skandal penyelewengan 1MDB dibuat oleh bekas menteri kewangan kedua iaitu Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan bekas Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal , kini giliran bekas timbalan perdana menteri pula iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pula bertanya soalan berkaitan skandal 1MDB .
Perlu diingat soalan dan info yang diberikan ini ialah rasmi kerana ia disebutkan didalam Parlimen Malaysia dan bukan cerita kedai kopi .
Najib Razak seperti biasa membatukan diri dan 'buat bodoh' macam biasa .
Mungkin sedang tunggu 'macai-macai'nya menjawab bagi pihaknya
Tidak diketahui pula kenapa Najib Razak sendiri tidak berani menjawab soalan-soalan berkaitan
1MDB ini .
Adakah kerana Najib Razak 'benar dan jujur' , maka beliau tidak berani menjawab soalan-soalan ini .
Sama-sama kita semua fikirkan .
Saksikan video Tan Sri Muhyiddin Yassin menyentuh mengenai skandal 1MDB yang akhirnya membuatkan beliau dipecat sedangkan pihak yang melakukannya 'tertawa' .
No comments: