» » » Timbalan menteri tepis dakwaan kadar GST akan naik dalam Bajet 2017


Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz berkata Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib 21 Oktober ini tidak akan melibatkan cadangan meningkatkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sedia ada.

Katanya kadar enam peratus yang dikenakan sekarang masih mencukupi untuk menguruskan ekonomi negara dan memenuhi keperluan untuk membantu masyarakat marhaen.

"Takkanlah kita hendak membebankan rakyat lagi (dengan menaikkan kadar GST). Kita masih mampu menguruskan ekonomi walaupun kita menghadapi cabaran," katanya selepas merasmikan Seminar Integriti, Kualiti, Inovasi dan Kreativiti (Sektor Awam dan Swasta) di Langkawi semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Najib yang juga Menteri Kewangan akan mengumumkan peningkatan kadar GST semasa membentangkan Bajet 2017 ini.

Menurut Othman, asas pencukaian di bawah GST yang dikenakan kerajaan sejak diperkenalkan 1 April tahun lepas tidak melibatkan kesemua barangan keperluan rakyat.

'Kerajaan kita bertanggungjawab... amat prihatin kepada rakyat. Apa yang kita dapat daripada GST kita beri balik kepada rakyat namun ini cuba dieksploitasi (oleh pihak tertentu)," katanya.

Othman berkata persiapan untuk pembentangan Bajet 2017 yang kini sudah memasuki fasa terakhir ini telah banyak mengambilkira pendapat yang diutarakan oleh rakyat dari pelbagai lapisan.

Katanya seperti mana bajet yang telah dibentangkan sebelum ini, Najib telah menunjukkan sikap keterbukaannya untuk memastikan bajet tahun depan menggambarkan suara segenap rakyat dan keperluan mereka.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .