» » » Speaker dakwa akan siasat tuduhan Najib Razak kelirukan parlimen semasa pembentangan Bajet 2017


Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia berkata beliau akan menyiasat usul yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengelirukan dewan dalam ucapan belanjawannya.

Usul untuk merujuk Najib, yang juga menteri kewangan, kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen itu dikemukakan oleh Steven Sim (DAP-Bukit Mertajam).

Sim memohon Pandikar membuat keputusan berkaitan perkara itu di hujung sesi soal jawab dan Pandikar berkata beliau perlukan masa untuk menyiasatnya.

Pandikar juga berkata kes prima facie mesti wujud sebelum seseorang itu boleh dirujuk ke jawatankuasa itu.

Bagaimanapun, katanya lagi, belum pernah pihak yang membentangkan belanjawan dituduh mengelirukan dewan.

Sementara itu, Sim ketika ditanya berkaitan usulnya itu berkata, terdapat apa yang diumumkan dalam ucapan belanjawan tidak ditemui dalamnya atau berbeza daripada dokumen belanjawan.

Sim dan Ong Kian Ming (DAP-Serdang) sebelum ini mengemukakan senarai yang mendakwa terdapat percanggahan dalam ucapan belanjawan.

Sebagai contoh, Najjib berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan membelanjakan RM1 bilion untuk menaik taraf liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara,.

Bagaimanapun, kata Sim, dalam anggaran perbelanjaan persekutuan untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia, yang mentadbir SKMM, hanya RM57.5 diperuntukkan bawah “perbelanjaan pembangunan” untuk projek jalur lebar.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .