The Edge Markets melaporkan bahawa penganalisis itu, Lee Chee Waiy, turut disoal-siasat oleh penyiasat Singapura.
Ini disahkan oleh penganalisis itu sendiri yang enggan mengulas lanjut, menurut laporan itu.
Laporan tersebut menyatakan bahawa mengikut profil LinkedIn Lee, beliau adalah pengarah bersekutu di NRA Capital antara Ogos 2008 dan Oktober 2015, firma yang sama yang dilantik untuk menilai "unit" 1MDB di Kepulauan Cayman yang diuruskan oleh Bridge Capital Partners.
Menurut kenyataan 1MDB pada 14 November tahun lalu, 1MDB menerusi unitnya Brazen Sky Limited memiliki dana dalam bentuk unit bernilai AS$2.33 bilion di Cayman yang didaftarkan pada 31 Mac, 2014.
Pelaburan dana unit itu adalah daripada nota janji hutang 1MDB yang diterima susulan penamatan daripada usaha sama dengan PetroSaudi International.
Seterusnya, pada bulan November 2014, pelaburan AS$1.22 bilion ditebus oleh 1MDB untuk membayar kepentingan hutang dan sebagai bayaran kepada Aabar Investments PJS.
Status baki AS$1.1 bilion sebelum ini menjadi kontroversi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga adalah menteri kewangan, berkata ia telah ditebus dalam dolar AS.
Bagaimanapun, ia kemudiannya didedahkan jumlah berkenaan masih dalam "unit" mendorong ahli parlimen untuk menuduh menteri kewangan berbohong.
Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy kemudian berkata ia adalah satu kesilapan di pihaknya dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan itu.
Menurut laporan itu, NRA Capital tidak mahu mengulas.
No comments: