Kalau kita percaya bahawa Indeks Harga Pengguna (CPI) dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia adalah kayu ukur yang tepat bagi inflasi, kita sepatutnya tidak mengalami sebarang masalah.
Sebaliknya kita akan mendapati harga barang dan perkhidmatan harian stabil.
Malah dalam hal-hal tertentu lebih murah.
Malangnya, apa yang kita dengar adalah keluh-kesah serta rungutan mengatakan harga barang dan perkhidmatan melambung sehingga di luar kemampuan.
Kita juga dengar pengguna semakin tawar hati untuk berbelanja kerana kurang keyakinan.

Indeks sentimen pengguna yang mengukur tahap keyakinan pengguna untuk berbelanja hasilan Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) merudum.
Tiga tahun lalu, ia berada di paras 102 mata.

Satu tahap yang tinggi.
Tetapi pada Januari tahun ini ia jatuh kepada 63.8 sebelum naik balik kepada 78.5 mata Julai lepas.
Kalau kita kerap ke pusat-pusat beli-belah, kita akan dapati sudah ada kedai yang ditutup dan ramai pengunjung sekadar berlegar menjamu mata dan menikmati hawa dingin.
Tetapi Jabatan Perangkaan Malaysia mengatakan kadar inflasi rendah. Laporan terbaru bertarikh 21 Oktober menunjukkan kadar CPI bulan ke bulan naik 0.4 peratus dan tahun ke tahun 1.5 peratus.
Dari sudut teknikal memanglah rendah.

Jadi sebab apa pengguna mengeluh?
Jawapannya terletak kepada barang dan perkhidmatan mana yang naik dan turun serta kewajaran (weightage) yang diberikan kepadanya.
Harga semua barang dan perkhidmatan yang penting atau yang tinggi kewajarannya seperti makanan, sewa, air, elektrik dan gas, perubatan, pendidikan, minuman keras dan tembakau semuanya naik.
Yang turun hanyalah pengangkutan, telekomunikasi dan pakaian.

Itu pun kita kerap dengar ibu bapa mengeluh tambang bas sekolah naik dan harga pakaian serta peralatan sekolah mahal.
Dalam kalangan bahan makanan pula kita dapati daging, termasuk ayam, naik 6.9 peratus tahun ke tahun, manakan laut naik 5.26 peratus dan sayur-sayuran naik 3.1 peratus walaupun kita pernah ditegur kerana tidak memuji kerajaan apabila harga kangkung turun.
Keadaan menjadi lebih rumit dan merunsingkan apabila kita mengambil kira keadaan ekonomi pengguna.

Wujud beberapa masalah pokok yang menyumbang ke arah memburukkan lagi keadaan bagi pengguna.
Semakin ramai berada dalam keadaan tersepit di segi kewangan sehinggakan kenaikan kecil pun terasa besar dan tidak tertanggung lagi.
Kesempitan hidup dan, boleh jadi juga, tahap kemiskinan sudah menjadi begitu buruk sehingga kenaikan harga yang seberhana pun sudah terlalu membebankan.
Hal ini boleh kita fahami dengan lebih mudah jika kita sedari bahawa purata gaji dan upahan naik hanya 0.9 peratus - tidak sampai satu peratus - antara 2012 dan 2015.

Di beberapa negeri langsung tidak ada kenaikan.
Maksudnya kenaikan gaji jauh lebih rendah daripada kenaikan harga.

Pendapatan isi rumah mencatatkan sedikit penambahan kerana pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Bilangan penerima BR1M dan bantuan kewangan lain seperti bayaran khas kepada peneroka Felda dan bonus khas kakitangan awam yang semakin ramai membayangkan peningkatan kadar kemiskinan.
Kadar pertumbuhan ekonomi yang lembap sekitar empat dan 4.5 peratus setahun tidak berupaya menjana pendapatan lebih tinggi sebaliknya memburukkan lagi pengangguran.
Tidak banyak peluang pekerjaan baharu dijana manakala pekerjaan yang sedia ada berkurangan akibat pembuangan pekerja apabila kilang, pejabat dan perniagaan ditutup atau mengurangkan kakitangan.
Walaupun kadar guna tenaga dilaporkan Jabatan Perangkaan sebagai stabil - meningkat daripada 3.1 peratus Oktober tahun lalu kepada 3.5 peratus Julai tahun ini – namun bilangan penganggur semakin ramai. April 2016 lalu , bilangan penganggur di Malaysia dianggarkan 516,200 orang!
Kesimpulannya, apa yang diuar-uarkan sebagai baik dalam bentuk perangkaan tidak semestinya baik juga apabila diterjemahkan kepada keadaan sebenar.
Perangkaan makro memberi gambaran kasar mengenai keadaan ekonomi sesebuah negara.
Keadaan sebenar akan hanya dirasai apabila rakyat jelata dan pengguna memanfaatkannya di peringkat mikro iaitu apabila mereka cuba menjana pendapatan, berbelanja dan berurusan dengan kerajaan.
Pada waktu itulah mereka ada mendapati susah atau senang untuk mencari makan, murah atau mahal berbelanja dan sama ada kerajaan mampu atau tidak mampu menyekolahkan anak-anak mereka serta merawat mereka ketika sakit.
Dalam keadaan ekonomi yang menekan inilah rakyat jelata memerlukan kerajaan yang meringankan beban mereka dan bukan yang memaksa mereka menjerut perut yang sudah pun kempis.

No comments: