» » » Pelajar maahad tahfiz di Kelantan didakwa upah junior RM3 untuk buat seks oral


Seorang pelajar junior maahad tahfiz di Pasir Puteh menjadi mangsa pemuas nafsu seorang pelajar senior berusia 13 tahun dengan upah RM3 untuk melakukan seks oral.

Mangsa yang berusia lapan tahun tersebut dua kali diperlakukan sedemikian pada jam 5.30 petang pada 10 dan 11 Oktober lalu.

Junior terbabit diajak pelajar senior tersebut melakukan perbuatan jijik berkenaan di dalam bilik stor di bangunan sekolah itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, dalam kejadian pertama, mangsa hanya diajak melakukan seks oral tanpa sebarang upah.

“Keesokan harinya mangsa sekali lagi diajak untuk melakukan perbuatan sama dan ditawarkan dengan wang ringgit.

“Ketika itu mangsa yang baru selesai makan di kantin dihulurkan RM3 oleh suspek sebelum mengikut junior berkenaan bersama-sama masuk ke sebuah stor,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya, tadi.

Beliau berkata, kejadian bagaimanapun terbongkar selepas 11 hari kemudian susulan mangsa yang kebetulan mengalami demam diziarahi ahli keluarganya di sekolah itu.

“Seorang kawan mangsa yang mengetahui tentang kejadian itu menceritakan kepada ibu bapa mangsa. Ibu bapa mangsa yang terkejut mendesak mangsa menceritakan kejadian dan mangsa pada mulanya memberitahu dia diliwat.

“Ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan polis dan pemeriksaan pihak Hospital Universiti Sains Malaysia mendapati tidak ada koyakan atau liwat seperti yang didakwa,” katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .