» » » Peguam kesal isu 'Desak Najib Razak Berundur' akibatkan pengacara digantung


Peguam Adnan Seman yang muncul sebagai tetamu dalam program Ruang Bicara di Bernama TV pada Selasa lalu menjangkakan beliau mungkin tidak akan dipanggil oleh stesen TV tersebut.

Ini susulan daripada tindakan penggantungan yang dikenakan ke atas pengacaranya, Datuk Dahlan Maamor selepas berkongsikan pandangannya di Facebook baru-baru ini.

"Dengan penggantungan Datuk Dahlan Maamor saya menjangkakan mungkin tidak lagi dijemput untuk berbicara di Ruang Bicara.

"Namun saya berterima kasih kepada Bernama TV (kini Bernama News Channel) atas kesudian menjemput saya banyak kali untuk berbicara di Helo Malaysia dan Ruang Bicara.

"Saya memohon maaf jika ada kenyataan-kenyataan saya yang menyinggung hati mana-mana pihak. Apa yang saya perkatakan adalah pandangan peribadi saya dan tidak semestinya para pendengar bersetuju dengan pandangan saya," ujarnya dalam satu kenyataan disiarkan di Facebook.

Sambil mengakui beliau membuat kenyataan agar perdana menteri meletak jawatan, Adnan berkata gesaan sama pernah dilakukan terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi satu ketika dahulu.

"Banyak lagi yang saya perkatakan dan ia adalah pandangan peribadi saya dan para pendengar atau siapa sahaja tidak semestinya bersetuju dengan pandangan saya," katanya.

Adnan dijemput sebagai tetamu dalam Ruang Bicara bertajuk 'Kesudahan Politik Negara' yang disiar secara langsung malam Selasa lalu.

Semalam, Dahlan menulis di Facebook menyatakan beliau digantung daripada menjadi hos program itu selepas mendapat 'protes hebat daripada media Umno'.

Tindakan itu dikatakan dibuat selepas beliau berkongsi pandangan Adnan di laman sosial itu yang memohon Datuk Seri Najib Razak 'berfikir secara serius' untuk berundur daripada jawatannya sebagai perdana menteri.

Dahlan turut menunjukkan kiriman WhatsApp oleh Setiausaha Bahagian Media Umno Malaysia, Datuk Ahmad Kamal Zailani yang membantah tindakannya berkongsi pandangan Adnan.

Selain itu beliau juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang yang didakwa menggantungnya tanpa melihat kepada sumbangannya terhadap Bernama TV.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .