» » » Melanggar sumpah kerahsiaan ketika berbahas di Dewan Rakyat bukan jenayah


Melanggar sumpah kerahsiaan sebagai anggota kabinet ketika berbahas di Dewan Rakyat bukan jenayah, kata bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Katanya adalah biasa atau diterima umum langkah begitu diambil untuk membantu keberkesanan sesebuah parti yang berkuasa dalam kerajaan.

"Dalam sebarang keadaan ia (sumpah kerahsiaan) hanya melibatkan minit mesyuarat kabinet dan tidak meliputi secara keseluruhan," katanya .

Zaid yang juga peguam berpengalaman berkata demikian ketika diminta mengulas aduan dibuat terhadap tiga bekas menteri yang bercakap mengenai isu 1MDB di Dewan Rakyat semasa membahaskan Bajet 2017 baru-baru ini.

Pada Khamis Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu media bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin melanggar sumpah kerahsiaan semasa berbahas di parlimen.

Muhyiddin berkata kabinet tidak dirunding terlebih dulu sebelum 1MDB ditubuhkan, serta tidak dimaklumkan mengenai keadaan kewangannya sehinggalah skandal agensi itu terdedah.

Ahmad Husni yang juga anggota parlimen Tambun pula mempersoalkan mengapa 1MDB hanya dibayar untuk pelupusan 60 peratus kepentingannya dalam Bandar Malaysia pada 2020.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .