» » » Kerajaan M'sia disaran kaji semula elaun lapuk yang sudah tak relevan di zaman kini


Kerajaan disaran mengkaji semula elaun lapuk bagi sektor awam menjelang Bajet 2017 Oktober depan untuk memastikan kadar simpanan isi rumah penjawat awam dapat ditingkatkan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Pekhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, tindakan sewajarnya perlu dilakukan segera supaya nasib penjawat awam terbela seterusnya tidak terbeban ekoran kenaikan harga barang.

Menurutnya, kerajaan juga perlu memastkan elaun yang diterima sejajar dengan kos sara hidup dengan mengambil kira pelbagai peningkatan kos.

“Kadar simpanan isi rumah kini hanya pada kadar 0 hingga 0.69 peratus dan tidak sampai pun 0.7 peratus.

“Ini menunjukkan bahawa gaji yang diterima tidak mampu untuk menyaingi kos yang meningkat termasuk harga rumah, bahan mentah, bahan masakan serta keperluan harian,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung ke-14 Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Air Perak, hari ini.

Azih berkata, disebabkan faktor itu, kerajaan diharapkan dapat mempertimbangkan semula elaun lapuk penjawat awam yang lebih 12 tahun tidak dikaji walaupun beberapa kali belanjawan dibentangkan.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .