» » Kajian tunjukkan cinta biasanya berputik selepas 163 mesej teks dihantar


Satu kajian terbaharu mendapati kira-kira 163 mesej teks diperlukan untuk seseorang itu jatuh cinta

Kajian mengenai tabiat berkasih itu dijalankan sebuah laman web e-dagang PIXmania ke atas pasangan berusia 55 tahun ke atas dan 25 tahun ke bawah

Matlamatnya adalah untuk mengetahui perbezaan paten dalam berpacaran di antara generasi tua dan lebih muda

Kajian itu menunjukkan bahawa pasangan lebih muda yang bergantung kepada media sosial untuk memikat pasangan mereka mula melihat hasilnya kurang dari separuh masa yang dihabiskan generasi ibu bapa mereka

Mereka yang berusia 55 tahun ke atas secara purata mengambil masa lebih dua setengah bulan untuk berjaya memikat hati si dia. Sebaliknya bagi kumpulan yang berusia 25 tahun ke bawah hanya mengambil masa kurang dari sebulan untuk berhasil

Kajian itu turut mendedahkan bahawa untuk menjadikan pasangan itu benar-benar jatuh cinta, mereka secara purata memerlukan 163 mesej teks, 224 tweet, 70 mesej Facebook, 37 emel dan 30 panggilan telefon

Dalam satu lagi kajian ke atas 276 lelaki dan wanita awal 20an yang diterbitkan dalam Journal of Couple And Relationship Therapy, apa yang paling penting bukanlah jumlah teks mesej yang dihantar pasangan

Sebaliknya kandungan mesej teks memberikan impak terbesar dalam kualiti sesebuah perhubungan

Sebagai contoh pasangan yang menghantar mesej bernada mengambil berat dan penuh kasih sayang lebih berpuas hati dengan hubungan mereka berbanding mereka yang tidak.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .