» » Surirumah bimbang video sedang mandi yang dirakam curi disebarkan kepada umum


Seorang suri rumah ketakutan selepas menerima ugutan dari seorang lelaki yang tidak dikenali mendakwa memiliki video separuh bogel miliknya.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 35 tahun itu mendapati dirinya telah dirakam ketika mandi di rumahnya di perkampungan Orang Asli dalam daerah ini, kira-kira jam 2.50 pagi, Rabu lalu.

"Mangsa yang sedang mandi ketika itu berasa dirinya sedang diintai oleh seseorang, dan telah membuat pemeriksaan di sekitar bilik mandi, namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan.

"Bagaimanapun, selang beberapa jam kemudian, mangsa telah menerima ugutan dari seorang lelaki melalui mesej peribadi (private messenger) di Facebook mangsa," katanya.

Lonjakkan bisnes anda dengan pengiklanan cara terkini!

Kata sumber, lelaki itu meminta mangsa bertemu dengannya di belakang rumahnya untuk melakukan hubungan seks.

"Lelaki itu juga melarang mangsa memberitahu suaminya tentang perkara tersebut. Sekiranya mangsa tidak menurut permintaannya, dia tidak teragak-agak untuk menyebarkan video separuh bogel di dalam akaun Facebook miliknya.

"Bukan itu sahaja, lelaki itu turut memberi nombor telefonnya dan menyuruh mangsa menghubunginya serta meminta mangsa menghantar gambar bogel kepadanya dengan segera," katanya.

Tambahnya, bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan ugutan itu sehinggalah Khamis (kelmarin), mangsa sekali lagi menerima mesej dari lelaki tersebut, sekitar jam 10.48 pagi.

"Lelaki itu sekali lagi meminta mangsa berjumpa dengannya tanpa pengetahuan suaminya dan mahu suri rumah itu melakukan hubungan seks dengannya.

"Berang dengan tindakan itu, mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah sejurus menerima mesej tersebut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Luqman Abdul Rahman mengesahkan laporan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan menerusi telefon.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .