» » Safiey rasa lebih tenang bila jadi 'pondan' semula


Jutawan kosmetik kontroversi Safiey Ilias berkata, beliau akan terus kekal dengan keputusannya untuk kembali menjadi mak nyah.

Safiey yang sebelum ini terkenal kerana ingin berubah menjadi lelaki menjelaskan, beliau kini tenang kerana tidak perlu lagi menunjukkan dirinya 'baik'.

"Ini yang saya nak. Ketenangan. Dalam hidup ini kita kena tunjuk yang kita jahat, baru orang tak ambil 'pot' (peduli) dekat kira dah.

"Minta maaf semua tetapi saya masih kekal dengan keputusan saya," tulis Safiey atau nama mak nyahnya Sofia di laman Facebooknya.

Malah, Safiey juga melahirkan rasa lega apabila merasakan satu beban yang ditanggungnya selama ini telah hilang.

"Saya rasakan suatu beban hilang pagi ini lepas bangun tidur pagi tadi. Beban yang saya tanggung lama dah dan berat. Kata-kata membunuh kehidupan," tulisnya lagi.

Setelah dijadikan contoh sebagai mak nyah yang insaf, Safiey sebelum ini mengejutkan banyak pihak kerana kembali menjadi mak nyah susulan layanan masyarakat padanya.

"Saya jadi pondan orang hina, saya jadi lelaki pun orang hina dan orang pertikai.

"Ada yang kata saya tunggang agama, ada yang kata saya gunakan agama untuk perniagaan dan bermacam lagi sejak penghijrahan saya tempoh hari.

“Satu, dua kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tapi kalau beratus kali, ia beri kesan kepada mental dan emosi saya.

"Saya dah jadi lelaki pun orang tanya mana misai dan janggut saya. Entahlah. Saya bosan," tulisnya.

Safiey atau nama sebenarnya Safiuddin Ilias, 22, memohon maaf kepada keluarganya serta rakan dan beberapa kenalan kerana tidak dapat terus kekal menjadi lelaki.

Sebelum ini, 'penghijrahan' Safiey mendapat perhatian kerana beliau turut membuang implan payudara selepas empat tahun bagi menjadikan dirinya seperti lelaki normal.

Ekoran perubahan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut meminta golongan transgender supaya mengikuti jejak langkah Safiey yang “kembali ke jalan yang benar”.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .