Bahagian antikeganasan Bukit Aman dilapor telah menahan beberapa individu di Malaysia yang dipercayai menjadi anasir kumpulan pengganas bersenjata IS dan dilatih sebagai pengebom berani mati.
Penolong pengarah bahagian itu Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis sedang menangani isu itu berdasar risikan terbaru.
Mereka, katanya, terdiri daripada lapan rakyat Malaysia yang pulang daripada Syria untuk melancarkan serangan bagi pihak kumpulan itu.
Mereka cuba memasuki negara ini melalui pelbagai cara, cara biasa atau menggunakan laluan haram, tetapi berjaya diberkas polis yang memantau pergerakan itu.
Dua daripadanya, kata Ayob lagi, merancang menyerang Putrajaya manakala selebihnya mahu menyerang tempat pertemuan Freemason di Bukit Jalil dengan bahan letupan.
Seorang remaja 18 tahun antara ditahan.
Dia dikatakan mempunyai beratus-ratus jam pengalaman berlawan dengan rejim Syria.
Susulan tindakan keras Syria terhadap kumpulan pengganas, Ayob menjangkakan lebih ramai anggota IS akan pulang ke negara masing-masing, termasuk Malaysia.




No comments: