» » Penunggang motosikal koma langgar kerbau


Seorang lelaki koma selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor kerbau di Jalan Trong dekat Taiping, Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan media, malam semalam, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu mangsa gagal mengelak seekor kerbau yang sedang melintas jalan.

Katanya dalam kejadian itu mangsa yang belum dikenal pasti identitinya cedera parah dan kini dirawat di Hospital Taiping.

"Semasa kejadian mangsa menaiki motosikal bersendirian. Butiran lanjut mengenai mangsa belum diperoleh kerana beliau belum sedarkan diri," katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .