» » » Pegawai KPWKM dipenjara 21 tahun kerana rasuah dalam projek yang bernilai RM18.5 juta


Seorang bekas pegawai kerajaan dipenjara 21 tahun dan denda RM9.25 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan meminta dan memperoleh suapan membabitkan projek kerajaan dengan nilai RM18.5 juta

Hakim Allaudeen Ismail mengenakan hukuman itu terhadap Hazmi Samsudin, 41, bekas pegawai di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan

Bagaimanapun, hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan itu diperintah berjalan serentak. Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara empat tahun enam bulan jika gagal membayar denda ditetapkan

Tertuduh selaku penolong pegawai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di Unit Pegawai NKRA KPWKM, didakwa memperoleh suapan 10 peratus daripada Tuntutan Bayaran Projek Menaik Taraf dan Membaik Pulih enam dewan orang ramai di Perak oleh enam syarikat berbeza melalui seorang individu, Zainal Ariffin Lahuri

Tuntutan bayaran projek itu melalui invois RM99,540, RM99,640, RM99,520, RM99,630, RM98,778 dan RM98,455

Suapan berkenaan sebagai upah bagi mengeluarkan arahan kepada pihak Yayasan Kebajikan Negara untuk meluluskan pembayaran projek kepada enam syarikat terbabit

Hazmi turut didakwa meminta suapan bagi projek kemasyarakatan 1Azam untuk menaik taraf dan membaik pulih balai raya, dewan masyarakat, surau dan masjid membabitkan 10 peratus daripada nilai keseluruhan projek berjumlah RM18 juta daripada empat individu.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .