Kelantan Floating Market atau pasar terapung di Kampung Pantai Suri, di sini, yang mula beroperasi hari ini menjadi pasar terapung pertama di Malaysia.
Sebanyak 10 bot penambang disediakan sebagai permulaan untuk menjual makanan dan minuman yang mampu menarik tumpuan penduduk setempat atau pengunjung luar.
Konsep jualan yang dibuat seakan-akan pasar terapung di Thailand itu menghimpunkan pelbagai jualan, khususnya yang hanya terdapat di sekitar perkampungan pulau termasuk jeli kelapa, gula melaka, madu, nasi berlauk pagi, aneka kuih tradisional dan kerabu nipah.
Pengarah Pemasaran dan Komunikasi SuriMasSeroja, Tengku Rizuan Tengku Zainal Abidin, berkata konsep yang dinamakan Kelantan Floating Market itu adalah yang pertama di Malaysia.
"Kami melihat Kampung Pantai Suri adalah lokasi strategik dan ada potensi untuk dimajukan. Pembabitan penduduk kampung juga amat membanggakan.
"Kelantan Floating Market ini dibuka setiap hari Sabtu bermula jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Inisiatif mewujudkan pasar berkenaan oleh SuriMasSeroja yang ingin meningkatkan pendapatan penduduk kampung dan memperkasakan produk yang boleh diketengahkan," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Tengku Laksamana Kelantan, Datuk Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim turut hadir meninjau kemeriahan Kelantan Floating Market yang diiringi Pengarah Tourism Malaysia Negeri, Hafiz Hazin.
Tengku Rizuan berkata, bayaran untuk ke pasar terapung itu dikenakan sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak dan bilangan bot berkenaan akan ditambah dari semasa ke semasa.
Katanya, selain jualan, turut diadakan demonstrasi mewarna batik, membuat kuih kapit, menjahit atap nipah, kraftangan dan beruk memetik kelapa.
Tambang bot galah RM4.00 seorang (pergi & balik) + Floating Market Fee : RM5.00 seorang.
Jumlah kos : RM9.00 seorang.

Dibawah ialah jadualnya :
SuriMasSeroja Kelantan Floating Market, Pasar terapung yang pertama di
Malaysia yang berlokasi di Pulau Suri akan mula dibuka kepada umum pada
17 September 2016 dan akan berterusan In Syaa Allah pada setiap hari
Sabtu dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari.
Kepelbagaian produk makanan dan buah-buahan daripada penduduk setempat boleh didapati disana. Datanglah beramai-ramai memeriahkan produk pelancongan terbaru negeri Kelantan ini.
Jeti pengangkutan :
Jeti Kuala Besar, Jalan Pantai Cahaya Bulan
Kos :

No comments: